Saturday, 13 October 2012

20 DAYS . .

ASSALAMUALAIKUM...

Entri kali ni aku nak tulis pasal someone..Aku rasa kalau aku tak cakap nama dia siapa pon korang pasti tahu..kalau tak tahu then senang , tak payah semak nak baca..lalala~~

Finally hampir sebulan aku tak contact dengan dia..seriously aku tak menjangkakan sebegini lama kita orang dah tak contact..AKu pon sebenarnya terkejut laa jugakk bila ingat ingatkan balik.~~

paling lama kita orang tak contact pon 2 minggu lebih kowtt.. ni dah lebih tiga minggu lebih..itu boleh dikira menakjubkan..~~..

Aku tahu kau happy sekarang , bagus laa..~~..memang kehidupan yang macam ni yang kau impikan impikan dari dulukan..bagus laa , hajat kau telah terlaksana...aku rasa kau pun mesti terkejut gilakan kalau tahu dah dekat sebulan kita dah tak contact..

Yes kau mungkin sedang ketawa suka ria dekat sana , tapi mesti kau tak tahukan aku tiap tiap malam menangis pasal kau ?..Benda ni biasa bagi aku..Sedangkan dulu pun aku banyak menangis ,tak mustahil sekarang aku banyak menangis jugakkan..

Yes , aku menangis , SETIAP MALAM..Aku menangis sebab aku terlalu rindukan saat saat manis kita dahulu , saat bahagia kita dulu..Saat saat kita gaduh boleh dikatakan hampir setiap hari..kalau kita tak gaduh seminggu tuh dah dikira menakjubkan laa dulu..haha~~

Aku menangis sebab aku marahkan diri aku sendiri yang tak boleh nak buang rasa sayang ni daripada kau..Aku menangis sebab sampai sekarang aku tak boleh nak buang nama kau and gantikan nama orang lain dalam hati aku..~~

Bukan aku tak cuba , dah banyak lelaki aku cuba..Dah macam macam lelaki aku cuba sayang ,tapi tetap tak boleh..~~

Kenapa sampai macam tu sekali sayang aku pada kau?..Aku dah berjaya control diri aku daripada tak pandang kau,daripada tak contact kau,daripada amek tahu pasal kau dari membe membe,cuma satu yang aku tak boleh nak control sampai sekarang,aku tak boleh control daripada teringatkan kau..

Setiap malam fikiran aku mesti tak lari daripada fikir tentang kau,even aku dah cuba untuk sorokkan sweater kau , barang barang kau.tetap sama.Still fikiran aku akan teringatkan kau..~~

Aku teringatkan kenangan kenangan dulu.Dah berbulan bulan aku cuba,tetap tak boleh..Apa yang aku kena buat?.Apa yang patut aku buat ?..Dah macam macam cara aku cuba still sama..Aku cuba untuk bencikan kau tapi perasaaan aku tolak tuh semua..~~

Sampai kadang kadang aku fikir aku ni dah kena nasi kangkang pon ada..Seriously,aku tak pernah jealous sikit pon dengan kau dan dia,aku anggap benda tu semua mainan mata jerk..tak sampai pon ke hati aku..~~

Aku tak tahu sampai bila aku nak macam ni.Sebabkan semua ni aku tak mampu untuk terima lelaki lain..Aku tak mampu nak sayangkan orang lain..Ya allah ,  sumpah kau kejam.!!..

Sebab kau,takda seorang lelaki pon mampu untuk tawan aku..takde seorang lelaki pon mampu tandingi nama kau dalam hati..KAU KEJAM.!!

DEAR EX , SUMPAH KAU TERLALU KEJAM..~!!!!!

WRITTEN BY : AKMA ROSLAN



KEMBALI . . .

ASSALAMUALAIKUM . . =)

lama dah aku tak post ape ape kan..dah 4 bulan lebih.gegege..bukan dah lupakan blog , cume sekarang lebih focus ke arah SPM..Facebook and twitter pon dah jarang online..JARANG laa , bukan tak online..hehe ~~ 

banyak sebenarnya aku nak bercerita  tapi tak tahu nak mulakan yang mana satu..hehe..ok ok , kita mulakan dengan pelajaran dulu ok?.~~

sekarang lebih rajin belajar berbanding dengan tahun tahun lepas dan awal tahun..gegege~~..maklum laa dah nak dekat SPM laa katakan..takpe  takpe , tinggal 23 HARI jerk lagi..yeah yeah..~~gemuruh memang gemuruh..
walau macam mana pon tetap kena hadapinya jugak ..

makin nak SPM makin berlambak lambak masalah datang..aku pon tak tahu adakah aku yang terlalu sensitif atau aku yang terlalu memikirkan benda yang tak patut aku fikirkan lagi buat masa sekarang ni..

sekarang makin dekat nak SPM makin banyak aku nangis , makin banyak yang aku fikirkan sampai kadang kadang tu menangis sampai tertidur..Aku tak tahu kenapa ni semua harus jadi sekarang ?.~~ kenapa tak setahun yang lepas , kenapa tak 3 tahun yang lepas..kenapa mesti sekarang ?
sewaktu aku sedang bertarung dengan SPM masa ni jugak aku kena bertarung untuk macam macam masalah..~~

Ada sesetengah benda kita boleh kongsi dengan kawan kawan dengan family tapi ada sesetengah perkara aku tak suka kongsikan dengan kawan kawan walaupun aku tahu kalau aku simpan  lagi menyakitkan..~~

Aku telan semua ni sorang sorang , semua orang nampak aku happy , ceria , gelak gelak tapi korang tak pernah tahu yang sebenarnya tiap tiap malam aku menangis..

Yes aku seorang perempuan yang lemah.Aku mengaku itu..in fact , kesihatan diri aku pon terabai..selalu sakit , injured laa..Aku tak tahu kenapa aku terlalu cuai bab bab kesihatan diri aku sendiri..

Aku terlalu membebankan diri aku dengan macam macam masalah..~~Aku rasa aku dengan masalah memang ada jodoh.haha.~~ bagai isi dengan kuku..bagai aur dengan tebing..~~..setiap masalah yang aku hadapi akan aku tangani dengan tangisan..lama lama boleh kering air mata aku..

kadang kadang sampai satu tahap , tiada lagi air mata yang aku boleh keluarkan..kering kontang air mata aku sebab terlalu banyak sangat menangis..

Aku tahu aku kena kuat..sebab aku seorang..~~.aku hanya bergantung pada diri sendiri..AKu tahu aku boleh..~~ chaiyokk chaiyokk..~~ =D

WRITTEN BY : AKMA ROSLAN